skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
e-za
sentiasa ingt Allah dan tktlah kpdNya
View my complete profile

relationship

  • bahrin
  • bainu
  • emie
  • farah hanim
  • fazli
  • hadi adkku
  • syafiq poyos
  • tn hj yusof
  • yan-idzwan
  • yana

Blog Archive

  • ▼ 2010 (1)
    • ▼ March (1)
      • further study
  • ► 2009 (6)
    • ► July (1)
    • ► April (5)
  • ► 2008 (14)
    • ► December (1)
    • ► November (4)
    • ► October (2)
    • ► September (7)

jom click!

  • e-tuah
  • electronic labour exchange
  • iluvislam
  • jobstreet
  • msh menganggur???
  • UTHM

isu semasa

  • berita harian
  • gosip
  • metro
  • utusan

- faIzaH cOmeI -

berusaha, berdoa & bertawakal kpd Allah...

further study

Mar 18, 2010

alhamdulillah...kini dah 3 bulan ak sambung stdy ak.. pada awalnye hampir pts asa, namun hari demi hari yg berlalu begitu cepat, tidak sedar dh nk abs 1 sem. hm dapat jugak ak mengharunginye dengan tabah disamping rakan2 ku yg sentiasa memberi semangat pada ak. walaupun ketika ini insan2 yg disayangi tiada disisi tapi segala dorongan dan pengorbanan mereka tetap menjadi kekuatan buat ak dan tidak pernah lupa segala jasa dan pengorbanan mereka..

pelbagai dugaan dan ujian ketika ini. lepas satu, satu.. sehingga r skrg. kenapa & mengapa? mungkin sume de hikmah yg ak xtau. Insya Allah...kadang2 ak menjadi lemah juga tp ak cube kuatkan semangat. "Ya Allah, berilah ak kekuatan dalam menghadapi dugaan & ujian di dunia ini."

seorg kwn baik ak pula telah cube memutuskan silaturrahim dengan ak. begitu kecewa, sedih dan terkilan..tp pe yg mampu ak lakukan. ak xnk paksa sesiapa pun namun kehendak dia. pe alsnnye pn ak xtau.hm, biarlah... kehilangan die xsemestinye tiada pengganti.. semoga Allah menemukan ak dengan kwn baru yg lg baik dari die,amin..

Posted by e-za at 7:14 PM 0 comments  

DUNIA BR

Jul 24, 2009

alhamdulillah... syukur ak tlh berjaya menamatkan pengajianku di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada april lalu. slps tue, ak dpt kerja di tpt LI. wlpn jwtn yg ln tp ak bersyukur krn ak tdk trus menganggur dan memebebani kedua-dua mak abah ak. kerja ak nie kalo dgr dr segi jwtn sbg Purchasing Officer, nmpk cm ia xrelevan dgn pe yg ak stdy. tp pd hakikatnye, ia mmg de relevan malah lbh drpd tue. byk gk kna tahu psl elektrikal n mekanikal.haha, cm klakor lak.sejak bl ak amk mekanikal nie, huhu...

kerja nie kna tahu spesifikasi ssuatu brg, aplikasi n mcm2 lg. kalo xstdy kat IPT pn, tp bt keje ni setahun or dua thn, dh blh pndi gk r,hehe...mn x nye, rakan sejwtn ak yg blajo smpi PMR je lbh hebat dr ak. die tny ak psl komponen elktrik ckt je, ak dh gelabah xleh jwb,haha...amk ko.pdn dgn muka ko faizah..mmg malu giler r. tp nk wat cmne.kna la trime hakikat..slalu gk kna perli.

rs srnk gk keje cni. cz sume sporting termask bos ak,huhu... kalo tkr keje ln, blm tentu dpt bos yg baik kn. silap2 kna mrh je stiap ari :( yg pntg kilang nie kaya. every year g lwtn luar negara n di support kilang :) mmg best!!!

ok r...smbg cite ln..sj je nie..rs dh lm x menjengah blog nie (",)

Posted by e-za at 8:32 PM 0 comments  

ADA HIKMAH DISEBALIKNYA...

Apr 19, 2009

alhamdulillah... sgala kedukaan yg ak hadapi slama ni telah pergi dengan seribu makna. alhamdulillah, ak dapat menempuhinya dengan hati yg sabar & tabah...hatiku xla sesakit mana n xrs sgt ksakitan itu. nape & mengapa??? wallahua'lam... mungkin ak sdh lama bersedia menghadapi sume ini n ak tlh menjangkakan bhw ia nye akn terjadi 1 ari nnt. mgkn juga ak dh lm hny menganggap die sbg seorg kwn baik sahaja. ak berkwn rapat dgn die krn ingin cube menghalang die dari melakukan perkara2 seperti yg die prnh lakukan dahulu..alhamdulillah, tahun demi tahun, ak nmpk perubhn die sedikit demi sedikit..tp xtaula hny lakonan atau mmg keikhlasan dr hati die.hny Allah dan die sj yg tahu..

tp kini, die pergi mencari cinta ln..mgkn cinta seperti itu yg diinginkan..ak redha..tapi, ak juga merasa pelik nape n mengapa ak tdk memarahi die or benci kt die stlh pe yg die lakukan..malah sume kwn2 ak yg ln gk pelik dgn sikap ak..kini, ak mengerti. spt yg ak ckpkn td mybe ak dh bersedia hadapi sume ini. ak dh lm sedar akn perubhn die..

ak redha ats pe yg terjadi..kalo ade jdh, ia xkn kemana..kalo xde, mgkn ade hikmahnye..ak sdar cinta ini hanya bersifat sementara..skrg, ak perlu cinta kpd yg hakiki, pd Allah Yang Maha Esa..itulah cinta yg sbnr2nye..mgkn sblm ni, ak tlh lalai skejap krn utk menjaga hati seorg kwn..

*sebelum mencintai org ln, cintailah diri sendiri..sebelum cinta diri sendiri, cintailah Allah S.W.T...

*carilah suami/isteri utk dijadikan kekasih, bukan cari kekasih utk dijadikan suami/isteri..barulah berkat...

ak hanya mampu berdoa agar diberi kebahagiaan & kejayaan hdp di dunia & di akhirat...kpd kwn2 ku yg ln, yg mengetahui keadaan diri die skrg, sm2 la kite mendoakn yg baik2 utk die..amin...

Posted by e-za at 12:35 PM 2 comments  

sentiasalah ingat ibu bapa kite...

Janganlah engkau menangis lagi
Yakinkan amal ibu di sisi
Wahai intan seluruh warga
Hadirmu membawa seribu warna

Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

Posted by e-za at 12:28 PM 0 comments  

knangan LI d Asmech

Apr 8, 2009

jamuan perpisahan dgn Pizza Hut :)

rakan2 sejawatan semasa annual dinner asmech di Daiman Pekin


antara mesin yg kna wiring...manis x abg tue (yg mn 1???)


kek majlis perpisahan bdk training...nyam2 sedap!!!











Posted by e-za at 8:05 PM 0 comments  

JODOH

Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita.. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda. Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang² Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..""Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."


Posted by e-za at 7:58 PM 0 comments  

kenapa aku???

Apr 4, 2009

KENAPA AKU....?

kenapa aku seringkali tanya soalan ini setiap kali aku bersendirian…Aku sedia berkongsi apa2 asalkan korang tau maksud dan tujuan aku sebenar……Selamat membaca….

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..

-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Posted by e-za at 4:56 PM 0 comments  

Older Posts
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod